Satu lagi yang aku nak kongsi dengan pembaca sekalian(kalau sudilah), kereta baru ni aku rasalah, akan membuat si pemiliknya akan sentiasa runsing/bimbang apabila mereka memandu. Apa taknya, pemilik kereta baru tu terlalu sayang sangat, takut kene calar lah, takut kene curi lah, tambah2 lagi banyak kes curi kereta pada zaman skrg ni, dan banyak lagi kebimbangan yang timbul sebab adanya kereta baru ni. Maka akhirnya, timbullah penyakit 'stress' yang merupakan penyumbang utama kepada sakit jantung...mungkin inilah punca ramainya penduduk malaysia yang kene penyakit jantung sebab ada kereta baru...hehehee, assumption je, mungkin boleh prove by research kot(banyak juga idea aku bagi kepada pembaca ye, bagi yg berminatlah)...
Sebenarnya, cerita-cerita kat atas ni ckp kosong je...sebenarnya penyebab utama aku taknak pakai kereta baru adalah kerana aku sebenarnya 'miskin', tidak mampu beli kereta baru secara 'cash'....Nak buat loan, aku tengok loan kat mana2 bank kat Malaysia ni semuanya offer loan yang ada riba...so terpaksalah aku pakai kereta lama je untuk mendapat keredhaan Allah di sisiNya.....Amin ya Rabbal Alamin....
Kereta lama aku yang tak pernah tersadai tepi jalan lagi moga Allah melindunginya selalu, Aminnnnn....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan